Aplikasi COVID-19 | |
---|---|
![]() Contoh cadangan aplikasi penjejak COVID-19 berasaskan lokasi. Kontak individu A (dan semua individu yang menggunakan aplikasi) dijejaki menggunakan GPS dan cara lain, seperti kod QR pada lokasi-lokasi awam. Individu A meminta ujian SARS-COV-2 (menggunakan aplikasi) dan apabila hasilnya positif, aplikasi akan memberikan peringatan kepada individu yang pernah mengalami kontak rapat. Aplikasi menyarankan kuarantin untuk individu A dan kontak rapatnya.[1] | |
Genre | Aplikasi selular |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Aplikasi COVID-19 ialah aplikasi selular yang digunakan untuk penjejakan kontak digital sepanjang pandemik COVID-19. Aplikasi ini membantu menjejaki sesiapa sahaja yang pernah bertemu dengan orang yang dijangkiti.
Sejumlah aplikasi telah dibangunkan dan dirancang, beberapa di antaranya dibantu oleh pemerintahan setempat. Sejumlah kerangka kerja juga telah dibangunkan. Meskipun demikian, aplikasi-aplikasi ini mencetuskan beberapa masalah privasi, terutama penggunaan sistem yang berasaskan pada penjejakan lokasi geografi.
Alternatif lain untuk menjejaki kontak antara pengguna ialah penggunaan Bluetooth untuk mengesan jarak antara telefon bimbit penggunanya. Pada 10 April 2020, Google dan Apple bersama-sama mengumumkan bahawa mereka akan mengintegrasikan aplikasi berbasaskan Bluetooth menuju sistem pengendalian Android dan iOS mereka. Aplikasi COVID-19 India bernama Aarogya Setu berjaya menjadi aplikasi yang paling pantaa berkembang, mengalahkan Pokémon Go dengan 50 juta pengguna pada 13 hari pertama pelancaran.
© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search